Sharing Madnip

WARNING !!! HAVE ADVERSTISEMENT !!!

SHARING MADNIP

Thursday, November 04, 2010

Kedah Banjir ..



 PETALING JAYA 3 Nov. - Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Kedah akan ditutup sehingga esok kepada semua penerbangan, kecuali perkhidmatan helikopter, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.
Beliau berkata hujan lebat sejak beberapa hari lepas terutamanya di wilayah utara Semenanjung Malaysia mengakibatkan banjir melanda kawasan berkenaan dan memaksa penutupan lapangan terbang itu sejak semalam.
"Kami ingin memohon maaf disebabkan keadaan yang tidak dijangka ini berikutan keadaan cuaca," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pameran perkongsian Malaysia Airlines (MAS) bersama syarikat dari Amerika Syarikat yang beroperasi di Malaysia di Terminal Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, di sini hari ini.
Lapangan terbang itu mengendalikan penerbangan MAS dari Alor Setar ke Kuala Lumpur tiga kali sehari; penerbangan AirAsia dari Alor Setar ke Kuala Lumpur (dua kali); dan FireFly dari Alor Setar ke Subang (dua kali).
Lapangan terbang itu terletak 12 kilometer dari Alor Setar dan dapat mengendalikan sehingga 800,000 penumpang setiap tahun.
Cho Ha berkata lapangan lain seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Baharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu masih beroperasi seperti biasa.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Tengku Datuk Azmil Zahruddin berkata pelanggan syarikat penerbangan negara yang telah menempah tiket penerbangan ke Alor Setar dan tidak dapat menaiki penerbangan disebabkan penutupan lapangan terbang dibenarkan menjadualkan semula penerbangan atau memilih destinasi paling hampir. - BERNAMA


 ALOR SETAR: Lebih 27,000 penduduk daripada 7,222 keluarga di lima daerah di Kedah dipindahkan ke pusat penempatan banjir berikutan keadaan banjir semakin teruk sejak dua hari lepas, dengan daerah Pendang menjadi daerah terbaru dilanda banjir.
Daripada jumlah itu, 15,613 penduduk daripada 4,178 keluarga adalah dari daerah Kubang Pasu, 3,993 mangsa daripada 1,114 keluarga (Padang Terap), 6,950 penduduk daripada 1,605 keluarga (Kota Setar), 1,291 penduduk daripada 289 keluarga di Pokok Sena dan 146 penduduk daripada 36 keluarga di Pendang.
Jurucakap bilik gerakan Majlis Keselamatan Negara berkata sehingga 9 malam ini, sebanyak 95 pusat penempatan mangsa banjir dibuka di kelima-kelima daerah dan daripada jumlah itu, 45 di Kubang Pasu, 35 di Padang Terap, lima di Pokok Sena, sembilan di Kota Setar dan satu di Pendang.
Katanya keadaan banjir di Padang Terap sedikit bertambah baik tetapi keadaan banjir di Kota Setar semakin teruk manakala di Pendang, banjir mula melanda daerah itu.


Tinjauan Bernama di daerah Kota Setar mendapati air semakin naik walaupun hujan telah berhenti kerana aliran air dari daerah Padang Terap.
Memburukkan lagi keadaan, banyak kediaman berhadapan dengan gangguan bekalan air di mana banyak kawasan bekalan airnya perlahan manakala beberapa kawasan terputus bekalan air. - BERNAMA









Share on Tumblr

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum dan selamat sejahtera .. Nak komen , pasti kan tulis nama ye .. Kang aku tak kenal korang .. Kalau tau nama , senang aku nak reply komen korang .. Terima Kasih