Sharing Madnip

WARNING !!! HAVE ADVERSTISEMENT !!!

SHARING MADNIP

Saturday, May 28, 2011

Cinta : 5 sebab kenapa putus cinta

Aku dengar kat OH!MEDIA.FM , DJ Aim ada bagi beberapa pandangan dia mengenai PUTUS CINTA ni .. Aku pun tertarik dengan pandangan dia tu .. Antara pandangan dia ( yang dapat aku ingat )

  • Cemburu buta
  • Hubungan jarak jauh
  • Ego tinggi
Yang tu je aku dapat ingat , tu pun aku tak pasti betul ke tak .. Takpa , janji boleh pakai .. Bagi aku pulak , ada 5 sebab , 3 sebab dah DJ Aim pakai , so lagi 2 sebab yang berkemungkinan menyebab kan terputus nya sesuatu hubungan itu .. Macam ; 
  • Pasangan tidak saling memahami 
  • Masalah keluarga
Aku nak hurai pasal tidak saling memahami tu .. Contoh seorang lelaki yang jenis kutu rayau berkapel dengan seorang gadis kampung yang tidak pandai bersosial .. Lelaki tersebut selalu ajak gadis tersebut keluar bersama sama kawan kawan yang lain tapi gadis tersebut tetap enggan .. Sebab asyik keboringan , lelaki tersebut mula lah mencari kawan PEREMPUAN yang lain .. Dari situ dia berkenalan dengan PEREMPUAN yang kutu rayau jugak .. Match lah kutu rayau + kutu rayau = hari hari merayau .. Yang gadis kampung tu , terbiar menunggu jawapan .. KESIAN ... ( cerita rekaan je .. Tiada kena mengena dengan orang lain )

Aku nak hurai pasal cemburu buta pulak .. Seorang jejaka yang sangat peramah dan jenis suka bergaul dengan semua orang ( friendly la kata kan ) .. Berkapel dengan gadis yang jenis tak pandai bergaul tapi dan agak pemalu dengan orang lain , dengan jejaka tu , dia slamba rock je .. Apabila gadis tu nampak jejaka selalu bersembang sembang dengan seorang perempuan yang dia tidak kenal , serta merta timbul perasaan cemburu .. ( Orang kata perempuan cepat cemburu berbanding lelaki ) .. Sebab perasaan cemburu tu , gadis tu berkawan dengan seorang lelaki yang hensem .. Dia sengaja buat macam tu sebab nak bagi jejaka tu cemburu ( AMARAN ! JANGAN BUAT MACAM TU SEBAB KORANG DAH MENCABAR KE'EGO'AN SEORANG LELAKI ) .. Disebabkan itu , jejaka tersebut dengan perasaan marah nya bertanya .. Dan si gadis mengungkit kisah jejaka dengan seorang perempuan ( AMARAN ! JANGAN MENGUNGKIT KISAH YANG TAK BAIK / TAK SEDAP / TAK ENAK / SEGALA NYA TAK SEBAB BOLEH MENYEBABKAN SEORANG LELAKI ITU HILANG SABAR ) .. Maka terputus lah hubungan .. 

Hubungan jarak jauh pulak , korang kena setia la .. Sebab kesetiaan main kan peranan penting dalam hubungan jarak jauh .. Jangan buat pasangan korang curang .. Merindui lah pasangan korang selalu .. ( AKU RINDU NADIA !!! )

Masalah keluarga , aku tak berani nak hurai sebab setiap keluarga , berlainan pendapat .. Ada keluarga tak bagi kapel sebab masih muda .. Ada yang tak bagi terus .. Dan sebagai nya ...

p/s : So sayangi lah pasangan anda dengan sepenuh hati ... ^^v



Share on Tumblr

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum dan selamat sejahtera .. Nak komen , pasti kan tulis nama ye .. Kang aku tak kenal korang .. Kalau tau nama , senang aku nak reply komen korang .. Terima Kasih