Sharing Madnip

WARNING !!! HAVE ADVERSTISEMENT !!!

SHARING MADNIP

Sunday, September 11, 2011

Apa Kaitan Couple Ideal dengan Family ?

Aku tak tahu mengenai bab 'couple' ni sebenar nya walaupun aku ni ber'couple' .. Sering kali bertikam lidah kalau korang nak tahu lah , tapi semua dapat di selesaikan .. Alhamdulillah .. Then Oh!Media.Fm telah buat satu artikel yang menarik minat aku untuk membaca .. Artikel tu mengenai tips couple ideal la .. Artikel ini telah di tulis oleh kak DJ ASH ALLIA di laman rasmi Oh!Media.Fm .. Aku tertarik dengan tips yang ke 3 , 4 dan 5 ( Yang lain tu just aku acceptable =P ) ..
3. Kematangan dan tanggung jawab
Tanda-tanda seseorang telah mencapai kematangan peribadi adalah apabila seseorang itu bersedia membincangkan masalah. Tidak menyembunyikan sesuatu, tidak mungkir janji dan tidak membelakangkan kita. Apabila kita mempunyai kekasih yang suka berterus-terang , alangkah bestnya. Jika tidak matang dan tiada tanggungjawab, alamatnya kita dapat rasa kita akan kurang selesa. Setuju?

4. Yakin kepada dengan dirinya sendiri
Ada kekasih yang rasa tertekan jika kita ini terlebih sedikit daripadanya. Apabila kita ni terlebih sedikit dia mula rasa terancam. Lebih-lebih lagi jika sedia itu lelaki. Mulalah dia akan rasa cepat tersinggung dan lebih tak best lagi anggap kita ni ancaman pula! Kalau begini, susah juga kita nak berbincang dan membuat banyak perkata bersamanya. Dengan kata lain pastikan kekasih kita, boleh bertolak ansur dan sentiasa percaya akan kebolehannya. Jangan berfikir yng bukan-bukan tentang diri kita yang dianggap cuba menjatuhkan kebolehannya.

5. Terbuka secara emosional
Sanggup berkongi senang dan susah. Kita akan dapat rasa bukan saja ketika kita senang dia ‘baik angin’ dengan kita, malah ketika kita dilanda masalah pun, dia sanggup bersama kita. Emosinya juga turut tenang dan cuba menyelesaikan masalah kita dan sudah tentu kita rasa selesa sentiasa.
Oleh itu kita sentiasa lah menjadikan pasangan kita itu antara yang terbaik .. Bersyukur lah dengan apa yang ada . Sebaris lirik lagu nyanyian Allahyarham P.Ramlee "Barang yang lepas jangan dikenang" sesuai di kaitkan .. Sesiapa sahaja akan melakukan kesilapan .. Tiada siapa pun boleh lari daripada melakukan kesilapan .. Jika dah salah dan silap tu , mohon la kemaafan .. Walaupun kemaafan itu sesuatu yang sukar untuk diungkap , tetapi ia mampu menghilangkan segala kegelapan dalam hati kita .. Boleh melafazkan hembusan lega jika kita mampu mengungkap kan nya ..

Sebenarnya entry ini ditujukan khas buat Family Oh!Media.Fm .. Aku tak nak korang ada salah faham antara satu sama lain .. Jadikan antara kita ni ibarat 'couple ideal' seperti yang di maksud kan dalam 3 tips di atas .. Jika kita rasa bertanggungjawab dalam keluarga , mesti kita tidak menyembunyikan sesuatu .. Cuba bayangkan jika kita menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan family , kemudian salah seorang ahli family dapat tahu , mesti akan rasa tersinggung dengan kita .. Better jangan lah menyembunyikan sesuatu yang patut diberitahu ..

Kemudian kita sentiasa yakin dengan diri sendiri .. Yakin bahawa keputusan yang kita buat itu adalah TERBAIK bagi kita .. Kepada family yang lain , hendaklah bertolak ansur dan sentiasa berikan semangat kepada nya .. Bukan menghentam dia lagi ..

Kemudian sikap terbuka .. Kita boleh berkongsi masalah jika ada .. Jangan pendam kan masalah itu seorang diri kerana ia boleh memakan diri .. Kalau tak kepada seluruh family , sudah memadai kepada orang yang kita percaya ..

Sekadar perkongsian .. Harap Family Oh!Media.Fm baca entry ini .. Amin ..


Share on Tumblr

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum dan selamat sejahtera .. Nak komen , pasti kan tulis nama ye .. Kang aku tak kenal korang .. Kalau tau nama , senang aku nak reply komen korang .. Terima Kasih