Sharing Madnip

WARNING !!! HAVE ADVERSTISEMENT !!!

SHARING MADNIP

Thursday, November 24, 2011

Lembu pun ada bahaya nya ~

Semasa anip dalam perjalanan balik ke bilik lepas kelas petang tadi , anip ada nampak sekumpulan lembu ni menuju ke arah 3 orang awek ni .. Kemudian awek awek ni menjerit , takut kena sondol dengan lembu kot sebab salah seorang daripada mereka pakai baju warna merah . Selamat la ada seorang budak ni ( mungkin anak tauke lembu tu kot ) halau lembu tu dengan kayu .. Bila anip tengok muka awek awek tu tadi , macam ada rasa kelegaan terpapar .. Mungkin sebab lembu tu tak sempat nak sondol diorang .. HAHA =P

Sebenar nya anip nak bercerita pasal anip ketika anip kecil dulu , anip pernah jaga lembu arwah tokwan anip kat kampung .. Tak jaga sampai nak perah susu lembu , cuma bagi makan dengan tambat lembu je .. Ada satu ketika tu anip kena ambil dedak ( makanan lembu ) yang terhasil daripada padi yang sudah dituai beras nya .. jarak nak pergi bendang ( sawah padi ) dari rumah tokwan tak jauh tapi dengan naik gherek ( basikal ) tua arwah tokwan sambil angkut dedak memang mencabar .. Dedak ada depan belakang basikal , nak kayuh pun susah ..

Semasa nak bagi makan tu , abah cuma suruh bagi makan kat anak lembu saja .. Tapi sebab kesian tengok ayah ( ke mak ??? tak tahu la ) lembu tu macam kelaparan , anip pun gatal pergi bagi dedak kat lembu tu .. Tiba tiba anip kena sondol dengan lembu tu , selamat  la tak kuat .. Kalau lembu tu sondol kuat , alamat tak lama dah anip .. Anip ketika tu pakai baju warna merah ( kenapa lembu tak suka merah ye ?? ) , mesti la kena sondol kan ..

Amaran kepada pemakai baju berwarna merah , jika anda terjumpa dengan lembu atau kerbau , pastikan anda lari secepat mungkin atau buka je baju tu .. =P


Share on Tumblr

2 comments:

  1. Buka baju kalau pakai baju warna merah ?
    =.=

    kalau perempuan , mana boleh !
    hahahaha

    ReplyDelete
  2. @bloggerMalaysia , kalau perempuan tak payah la .. =P

    ReplyDelete

Assalammualaikum dan selamat sejahtera .. Nak komen , pasti kan tulis nama ye .. Kang aku tak kenal korang .. Kalau tau nama , senang aku nak reply komen korang .. Terima Kasih