"setitik air mata perempuan jatuh kerana lelaki yang dia sayang, lelaki itu akan disebat dengan tulang rusuk perempuan itu 100 kali di akhirat nanti"Dari mana lah perempuan kait statement ni ? Kalau tak tahu tentang akhirat , dont simply say it .. Lain lah ada dalil daripada hadith , sunnah , atau ayat Al Quran .. Dah banyak orang post benda yang sama dalam Facebook .. Akhirat bukan bidang kita atau kita punya kefahaman .. Kalau pun kata ada ayat sebegitu , sila kemukakan riwayat siapa , ayat keberapa surah apa , jangan hanya bermain dengan alam ghaib sewenang wenang nya , ia boleh menyebabkan akidah kita terpesong .. Anip cuma nak bagi pendapat anip sendiri mengenai 'ayat' di atas ni . Adakah lelaki yang disebat jika perempuan itu jatuhkan air mata kekecewaan jika lelaki itu menolak cinta dia ? Jatuh air mata perempuan kerana lelaki yang dia sayang juga kan ? Bagaimana pula jika air mata seorang lelaki jatuh jika disebabkan perempuan yang dia sayang ?
Sekadar ingin berkongsi pendapat .. ^^,
tiada satupun hadis sahir yang mengeluarkan ayat ini.. ini bukan satu hadis, jika ia satu hadis, nyatakan di mana hadis ni di dapati, dan dari siapa?? hukum tetap ada tapi ia cuma hukum bertanduskan kepada ketidak setian lelaki itu kepada w...anita, itu sahaja.. tiada tulang rusuk di gunakakn di dalam hukum hakam..tambahan (ada orang kata ayat ini separuh di ambil dari bible, dan separuh dari hadis tidak sahir dan tepat..)
ReplyDelete@ayie , terima kasih atas pandangan anda .. anip pun setuju dengan pendapat ayie .. tiada hadith sahih mahupun ayat Al Quran yang menyebut kan tentang tu , tapi , apa pula hukum sekiranya menyebarkan ayat yang tidak sahih dan tidak pasti kebenaran nya ??
ReplyDelete