Sharing Madnip

WARNING !!! HAVE ADVERSTISEMENT !!!

SHARING MADNIP

Wednesday, April 18, 2012

#4 Mari Berfikir : Orang Bijak Pandai ~


Orang yang bijak pandai ialah orang yang ingat akan kematian .. bila ingat akan kematian , secara automatic dia akan ingat Allah Azzawajalla .. Bila ingat akan Allah Azzawajalla , maka secara automatic akan ingat mengenai agama Allah , Islam .. Bila ingat akan agama , adakah kita lupa akan 5 perkara yang menjadi teras kepada Islam ? Bila ingat akan Rukun Islam , mesti akan seiring dengan Rukun Iman .. Tapi adakah kita semua mengikut apa yang dikehendaki dalam 6 perkara Rukun Iman ? Wujudkanlah semula suasana Islam seperti dahulu .. Bagaimana Islam itu berkembang sehingga 2/3 dunia , sehinggakan Islam dikenali diseluruh dunia , tetapi sekarang Islam sudah menjadi ganjil .. Bukan kah hadith Rasulullah itu benar ?

"Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka)” ( Hadith Riwayat Muslim )"

Kita diberikan AKAL untuk membezakan mana satu HAK atau BATIL . Oleh itu jangan sia sia kan penggunaan akal untuk berfikir sejenak apa yang diluar bidang kita . Contoh nya anip mengambil kos mekanikal , tak bermakna anip tak perlu tahu mengenai kos akauntan , medik , undang undang dan sebagainya tetapi anip perlu tahu semua . Sebab manusia ini tak kan berhenti belajar sehingga ke akhir hayat .. What is the point you live in this WORLD while you never think what is going on in THIS WORLD ?? Anip pernah bertanya kepada rakan rakan anip mengenai apa yang kecoh sangat dalam politik negara , tapi semua pakat 'blur' sebab mentaliti mereka , "politik bukan nya bidang dan tiada apa yang boleh kita buat" .

Kalau kita berbalik kepada Islam yang sebenar , semua yang ada didunia ini ada kaitan dengan agama dan TIDAK SAMA SEKALI BOLEH DIPISAHKAN , dan sepatutnya kita jadikan Islam is the way of life . Kenapa anip kata macam tu ? Sebab setiap kejadian atau apa yang ada didunia ini adalah milik Allah dan panduan untuk hidup adalah daripada Al Quran dan As Sunnah .. Apa yang tertera didalam Al Quran , kalau tak dapat ikut , layakkah dikatakan MUSLIM atau hanya muslim atas IC ?

Jadi berfikirlah selagi kita masih tidak nyanyuk ditelan zaman .. Kalau susah nak fikir tentang hal dunia , fikirlah tentang apa yang bakal kita lalui di akhirat kelak ..




*Post ini tujuan nya hanya satu , untuk pembaca supaya berfikir sejenak .. Bukan hanya suka suka .. Anip nak karang ayat pun kena berfikir .. Takut tersalah bagi maklumat .. Andai tersalah , maklum kan kepada anip .. Tegur dengan cara baik , akan dibalas baik .. Manusia memang tak boleh lari daripada melakukan kesilapan dan sedar lah daripada kesilapan tersebut .. Jangan hanyut dibuai dengan kesilapan yang sama ..


Share on Tumblr

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum dan selamat sejahtera .. Nak komen , pasti kan tulis nama ye .. Kang aku tak kenal korang .. Kalau tau nama , senang aku nak reply komen korang .. Terima Kasih