Lepas balik daripada kelas / kuliah , biasa nya aku terus direct ke kafe beli makan .. Lepas makan biasa la , berasap dulu .. Rokok semua simpan kat kawan sebab nak simpan dalam bilik , roomate tak bagi .. Kata nya dia tak suka bau rokok dan tak nak ada sebarang bentuk seperti rokok .. ( Kalau aku bawak paip macam mana ? Tak macam rokok taip macam paip ) Aku pun pergi ke rumah kawan aku , nak lepak sambil berasap .. Tapi aku tanya dia , tinggal lagi sebatang .. PUNNAH !! Aku rasa nak sangat tapi pada masa yang sama , kawan aku pun nak jugak .. SO apa tindakan korang yang kaki merokok yang tak tahu nak berhenti ni ??
- Korang tetap nak juga rokok tu , abaikan perasaan kawan korang
- Korang bagi kat kawan korang , dan anggap lah demi kawan sejati
- Korang bagi kawan korang then korang minta second
- Korang ambil tembakau , then balut pakai daun
- Korang punya pendapat sendiri ( komen )
SITUASI 2
Sedang makan , kawan korang mohon kebenaran nak guna laptop korang sebab dia nak buat kerja . Korang pun bagi la sebab korang fikir korang dah free time tu .. Tiba tiba korang teringat korang ada kerja yang kena submit esok sedangkan masa diberi kerja tu dah berminggu minggu lepas .. Lalu korang minta laptop balik dengan keadaan yang kalut dan rakus tanpa mempedulikan perasaan kawan kita ketika itu sebab korang memang betul betul kalut .. Kalau korang lah , korang rasa bersalah tak ??
- Bersalah sangat sangat , lepas siap kerja , aku minta maaf
- Peduli apa , laptop aku , suka hati aku la
- Bersalah tapi tak kan dia nak merajuk kot , dah besar panjang
- Korang punya pendapat sendiri ( komen )
SITUASI 3
Korang bersama awek korang tengah makan di cafe kolej kediaman . Tiba tiba kawan korang datang bawa makanan sambil ajak kawan kawan yang lain duduk di sebelah korang sebab sebelah korang saja yang kosong .. Kawan kawan korang bukan saja ganggu korang nak berdating , malah kawan korang siap sembang sambil gelak kuat kuat dengan kawan yang lain .. Awek korang pun minta izin nak balik bilik kerana jemu dengan kawan korang .. Apa korang nak buat ?
- Pujuk awek suruh duduk balik sambil suruh kawan perlahan sikit volume suara tu
- Biar kan awek korang pergi kemudian korang join kawan korang gelak gelak
- Biar awek korang naik , kemudian marah gila b*** dengan kawan korang siap maki maki lagi
- Korang punya pendapat sendiri ( komen )
p/s = Entry ni tiada kena mengena dengan aku pun .. Aku cakap berdasarkan apa yang aku nampak dan pengalaman aku selama aku tinggal di asrama bersama kawan kawan aku .. KITAORANG MEMANG KEPALA GILA TAPI SPORTING !!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment
Assalammualaikum dan selamat sejahtera .. Nak komen , pasti kan tulis nama ye .. Kang aku tak kenal korang .. Kalau tau nama , senang aku nak reply komen korang .. Terima Kasih