Sharing Madnip

WARNING !!! HAVE ADVERSTISEMENT !!!

SHARING MADNIP

Sunday, June 05, 2011

UMP : Jalan jalan pusing Bandar Kuantan

Akhir nya dapat jugak keluar dengan kawan seUMP ke bandar Kuantan .. Tapi sebelum nak naik bas tu , kitaorang kena jalan kaki daripada KK2 sampai depan KK1 ( jarak lebih kurang setengah 1 km ) .. Baru je sampai depan KK1 , dah nampak bas datang , dengan selamba nya aku , Naufal , Syafiq , Aznil dengan Saiful Azri tunggu bas berhenti depan depan kami , So dapat lah kami naik bas tu ( yang kesian nya orang perempuan yang tunggu lagi awal daripada kami , terpaksa tunggu bas lain sampai ) .. Perjalanan daripada UMP Kampus Gambang ke Bandar Kuantan mengambil masa selama 45 minit ( plus minus dengan traffic light lagi ) ..

Motif utama kami nak ke Bandar Kuantan ialah mencari barang keperluan yang selama ini kami cari ( TEKA LA SENDIRI ) .. Punya cari sampai dah tak larat cari , kami singgah Popular .. Aku beli sebuah novel bertajuk "You ni ... Ayat ayat jiwa" .. Sampai naufal kata aku ni MAT JIWANG! ( Untuk pengetahuan korang semua , seorang gadis bernama Nurul Nadiah telah mempengaruhi saya membaca novel ) .. Selepas tu kami terus kan perjalanan mengelilingi Bandar Kuantan yang serba .... eeeerrrr .. Serba 'lengkap' .. ( ^-^ ) .. Kami singgah makan kat Mc Donald , Set A , tambah ais krim vanila plus coklat ( SEDAP TAPI KENYANG SANGAT , sampai tak boleh nak telan dah ) .. Then kami jalan nak ke THE STORE .. Tengok je BESAR SIGN BOARD THE STORE , bila masuk dalam .. YA ALLAH ! MARKET !!!!! Time jalan nak ke The Store tu pun dah heran sebab kat depan The Store tu ada BAZAR CINA ( gerai makanan chinese ) .. "Macam mana boleh sesat masuk pekan cina pulak ni ??" .. MEMANG KELAKAR LA TIME TU !! Lepas tu kami jalan pusing sampai dah tak tahu kat mana kami , so kami lepak kat kedai makan depan Stadium Darul Makmur dengan padang depan stadium tu . Order air je sebab dah tak boleh nak makan .. Terlampau kenyang ! HAHAHA .. Tengah leka sembang , tak sedar bas dah sampai lebih kurang jam 5.45 pm .. Apa lagi , pakat lari la sebab takut bas penuh .. Dalam bas tu semua pakat tidur , aku je tak , sebab tengah melayan perasaan .. Merindui orang di sana .. TT^TT
Novel ni la aku beli .. 

Ni la THE STORE yang aku maksud kan



Share on Tumblr

8 comments:

  1. salam.nie nak komen sket..
    sapa 'nurul nadiah' tue ekk? hahahha.nk tergelak pown da bca entry yg nie.heeee~

    ReplyDelete
  2. wasalam .. jwpan utk soalan tu " siapa makan burger banyak2 , kompem dia yg gemuk , so itu lah orang nya "

    hahaha .. terima kasih atas komen anda .

    ReplyDelete
  3. ishh THE STORE ? biar betul ?! HAHA orang layan ECM lah bang :P MEGA ke HAHAHA

    ReplyDelete
  4. hahah .. layan semua laaa .. HAHAHAHAHAHHAHAHAA

    ReplyDelete
  5. apa psal lak p sbut mknan??? ish3..
    uhuhuhuhuhu..nk kta owg la tue..

    ReplyDelete
  6. mmg pon .. CHUBBY .. tak lama lagi , GEMUK la .. hehehehe ...

    ReplyDelete

Assalammualaikum dan selamat sejahtera .. Nak komen , pasti kan tulis nama ye .. Kang aku tak kenal korang .. Kalau tau nama , senang aku nak reply komen korang .. Terima Kasih