Sharing Madnip

WARNING !!! HAVE ADVERSTISEMENT !!!

SHARING MADNIP

Sunday, March 04, 2012

#1 Mari Berfikir : Menutup Aurat itu WAJIB





Apa itu aurat ?
Aurat adalah suatu kehormatan diri bagi seseorang, yang wajib dijaga dan dipelihara sepanjang masa. Walau di dalam apa jua keadaan, menjadi kewajipan ke atas umat Islam menutup aurat. Definisi lain ialah sesuatu yang tidak dibenarkan wanita mempersembahkannya di hadapan lelaki ajnabi ataupun sebaliknya.




Semua orang tahu kan tentang had/batas aurat yang WAJIB ditutup bagi setiap umat Islam didunia tak kira lelaki mahupun perempuan .. Kalau yang belum confirm kan dimana had/batas aurat :


Ketika diluar rumah / Dikhalayak ramai 
Perempuan : Seluruh tubuh badan kecuali wajah dan telapak tangan . Sekiranya wajah nya sangat cantik sehingga boleh mendatangkan fitnah , WAJIB baginya untuk menutup wajah . 
Lelaki : Aurat lelaki di khalayak ramai ialah antara pusat dan lutut. Namun begitu dia dilarang keluar rumah seperti ke pejabat atau pasar hanya dengan menutup bahagian itu kerana nilai adab turut dihormati oleh Islam dalam pembinaan syarak. 
Didalam rumah bersama keluarga
Perempuan : Antara pusat hingga lutut . Jika boleh mendatangkan fitnah , maka tutuplah seluruh tubuh kecuali tapak tangan dan wajah .
Lelaki : Antara pusat hingga lutut . 
Bersama rakan sesama jantina
Perempuan : Antara pusat hingga lutut . Jika boleh mendatangkan fitnah , maka tutuplah seluruh tubuh kecuali tapak tangan dan wajah . 
Lelaki : Antara pusat hingga lutut




Dalil-dalil berkenaan penjagaan aurat :

Maksud ayat al-Quran,

Wahai anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah dan berhias pada tiap-tiap kali kamu pergi tempat ibadat ( masjid ) dan makan serta minumlah. Dan jangan kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang melampaui batas.

(al-A`raaf 7:31)



"Wahai nabi (Muhammad), suruhlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan kamu dan wanita-wanita beriman agar melabuhkan jilbab (pakaian bagi menutup seluruh tubuh) mereka (semasa mereka keluar), cara yang demikian itu lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani (terhadap dosa kamu di masa lalu)."

(59 Surah al-Ahzab)


Rasulullah saw bersabda:

“Aurat mukmin terhadap mukmin yang lain adalah haram.”

(Hadith Riwayat Aththahawi)


“Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau budak(hamba) wanita yang kamu miliki. Aku bertanya, ‘Ya Rasulullah, bagaimana kalau dia sedang bersendirian?’ Nabi saw menjawab, “Allah lebih berhak (patut) kamu berasa malu.”
  (Hadith Riwayat Bukhari)
“Jika seorang anak wanita telah mencapai usia baligh, tidak pantas terlihat darinya selain wajah dan kedua telapak tangannya sampai bahagian pergelangannya.”

(Hadith Riwayat Imam Abu Daud daripada Qatadah)

Jadi berdasarkan dali-dalil di atas menjadi kewajipan ke atas kita menjaga aurat,Maka hukum di sini jika kita membukanya adalah haram dan ditegah dalam agama. Kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu contohnya untuk perubatan. Orang-orang yang suka mendedah aurat mereka pasti akan di azabkan dengan azab yang pedih di akhirat kelak




Oleh itu , jaga lah aurat sepertimana yang telah diperintahkan oleh Allah kepada kita .. Jika kita tidak mampu nak mengikut apa yang diperintahkanNya , maka berpindah lah kamu daripada dunia ini . Kerana dunia ini telah mempunyai undang undang dan peraturan . Bukan nya 'free of charge' . Harap segala info , dapat difahami . Semoga kita antara orang yang mukmin .. Amin ..
Antara info menarik daripada saudara/i :
Kredit info daripada Batasan aurat lelaki dan wanita . 


P/s : Mari berfikir akan sentiasa diupdatekan bagi memberi info "Islam the way of Life" kepada semua .. 



Share on Tumblr

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum dan selamat sejahtera .. Nak komen , pasti kan tulis nama ye .. Kang aku tak kenal korang .. Kalau tau nama , senang aku nak reply komen korang .. Terima Kasih