Sharing Madnip

WARNING !!! HAVE ADVERSTISEMENT !!!

SHARING MADNIP

Wednesday, March 07, 2012

#2 Mari Berfikir : Ilmu itu Penyuluh Kehidupan



Surah Al Alaq ini merupakan wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah melalui Jibrail kepada Nabi Muhammad S.A.W mengenai kepentingan ilmu . Seertimana kita semua tahu , ilmu terbahagi kepada 2 jenis ilmu ( Apa yang anip belajar disekolah dulu ) iaitu Ilmu Akli ( Akal ) dan Ilmu Nakli ( Wahyu ) .

Kebanyakan manusia sekarang hanya berfokus kepada Ilmu Akli , dan sekadar mengetahui asas Ilmu Nakli . Konteks ilmu nakli sebenarnya lebih luas skop berbanding dengan ilmu Akli kerana Islam mengajar manusia mengenai cara hidup yang bersesuaian sebagai manusia/khalifah dimuka bumi Allah ini . Sepotong hadith Rasulullah :

“Mencari ilmu adalah fardhu ke atas setiap muslim “
(Hadis riwayat Ibnu Majah).

“Dipersilakan dengan gembira kepada penuntut ilmu, sesungguhnya penuntut ilmu diselubungi oleh para malaikat sehingga bersusun sebahagiannya ke atas sebahagiannya hingga sampai mereka kelangit dunia, lantaran cinta mereka kepada apa yang dituntutnya “
(Riwayat Ahmad dan Attabarani,Ibnu Habban dan Al-Hakim).

Juga terdapat ulama berkata bahawa "Ilmu yang tidak diamal , ibarat pohon yang tidak berbuah" , yang pernah kita dengar dalam sesi kuliah mengenai tajuk Ilmu .. Walaupun kita bijak sehingga PhD pun , andai kita tidak mengamalkan ilmu yang ada , maka dengan mudah nya kita lupa .. Begitu juga dengan membaca Al Quran .. Walaupun kita hebat membaca Al Quran dengan tajwid dan hukum nya betul , jika kita meninggalkan Al Quran sekian , begitu susah untuk kita membaca nya kembali .. 

Kata kata Saidina Ali mengenai ilmu iaitu "Barang siapa yang mengajar aku walaupun sepatah huruf , maka dia lah guruku" . Mengajar atau meyebarkan ilmu yang manfaat kepada orang lain akan dibalas pahala yang berterusan selagimana ilmu itu diamalkan untuk kebaikan . Jangan lah kita berasa kekok untuk mengajar sesuatu walaupun kita tidak pandai mengajar atau menyampaikan . 



Gambar ini pernah di'art' semula oleh Ahmad Azri dan Ahmad Faris di PPS SMTSPP

P/s : Anip pernah mengajar kawan anip masa sekolah dulu dan pernah kena tegur , anip ajar kasar sangat . Maafkan anip .. Anip tak pandai mengajar orang dan selalu menekan kan suara tapi anip bukan nya marah . Mungkin cara anip mengajar begitu .. Andai kata anip pernah menyinggung perasaan orang lain ketika anip mengajar , anip mohon maaf .. 



Share on Tumblr

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum dan selamat sejahtera .. Nak komen , pasti kan tulis nama ye .. Kang aku tak kenal korang .. Kalau tau nama , senang aku nak reply komen korang .. Terima Kasih