Kepada yang tidak berkeyakinan untuk memilih Universiti/Politeknik dan sebagai nya , anip ada sedikit nasihat dan cara yang InsyaAllah bolehkan kita berkeyakinan semula .. Well , nothing is possible if we put some afford for it ..
First sekali , check lah di IMASCU .. Mana tahu lepas syarat .. Klik sini untuk check , dah tengok korang lepas tak syarat semua tu , korang try apply UPU berdasarkan kemampuan korang .. *Jangan biarkan orang lain isi untuk korang . Ni keputusan korang .. Andaikata korang tak tahu sangat nak isi yang mana , buat lah istiqarah dan pilih berdasarkan minat dan kelebihan korang .. Korang isi UPU tu pun kena lah berhati hati .. Takut korang salah pilih .. Letak no 1 IPTA yang korang TERSANGAT INGIN KAN .. Diikuti dengan yang lain ..
Kemudian semak semula dengan para kanselor sekolah , tanya pendapat serta nasihat daripada mereka .. Bukan setakat kanselor saja .. Pendapat Ibu Bapa juga perlu kita rujuk serta nasihat daripada abang / kakak senior yang lain .. Mereka ada pengalaman masing masing dan tahu cara belajar di IPTA .. Kalau nak masuk Universiti Malaysia Pahang , meh tanya anip .. =P
Kemudian survey IPTA yang korang ingin kan tu .. Kalau UiTM , pastikan korang survey tempat yang betul .. UiTM banyak sangat cawangan tau .. Andaikata IPTA yang korang inginkan tu jauh , tanya lah kepada senior di IPTA tersebut .. Jangan rasa segan silu nak bertanya .. Kang sesat perjalanan .. Tanggung sendiri ..
Sudah survey ? Kemudian korang mula lah langkah korang untuk isi .. Kalau was was , tanya lah kepada Yang Maha Mengetahui .. InsyaAllah korang mudah untuk memilih IPTA yang korang inginkan ..
Kepada yang inginkan IPTA Kejuruteraan , UMP salah sebuah IPTA berkenaan , sila rujuk di http://www.ump.edu.my/index.php?page=syarat-kemasukan untuk makluman lanjut .. GOODLUCK !
No comments:
Post a Comment
Assalammualaikum dan selamat sejahtera .. Nak komen , pasti kan tulis nama ye .. Kang aku tak kenal korang .. Kalau tau nama , senang aku nak reply komen korang .. Terima Kasih