Sharing Madnip

WARNING !!! HAVE ADVERSTISEMENT !!!

SHARING MADNIP

Monday, January 28, 2013

Positifkan Diri , Minda dan Hati

Kita sering mengalami sesuatu pilihan yang tak dijangka keputusan .. Dan pelbagai keputusan wujudnya pandangan tersendiri .. Contohnya
"Keluarga kita yang mempunyai pandangan bahawa hidup secara orang biasa iaitu , berkerja dibawah orang atau bahasa mudah , berkerja makan gaji , lebih menguntungkan daripada menguruskan sesuatu syarikat itu sendiri .. Pada masa yang sama kita berminat untuk mengurus sendiri .." 
Lebih kurang macam tu lah contohnya .. Kenapa persepsi itu terjadi ? Pandangan anip mudah saja , 'negative thinking' yang selalu wujud dalam persekitaran kita ..

Kenapa 'Negative Thinking' ni wujud ?

Ni kerana 'Negative Thinking' ini datang nya daripada berita , pengalaman atau cerita daripada orang yang mempunyai pengalaman mengenai sesuatu .. Apabila orang yang menghebahkan berita atau pengalaman beliau atau pengalaman kawan beliau dan sebagainya , ia akan menyebabkan orang percaya dan secara automatik , dia telah menyebarkan 'negative thinking' kepada masyarakat ..

Contoh yang paling mudah difahami , sekiranya kita berada dalam sekumpulan yang berfikiran positif seperti sahabat masjid , para ulama , orang yang sentiasa berfikiran positif , maka secara tidak langsung akan terpengaruh dengan 'aura aura' positif , dan begitu juga sebaliknya ..

Cara Untung Mengatasi 'Negative Thinking'

Cara yang paling mudah , dampingilah bersama orang yang positif dan hindarkan diri anda dengan perkara yang negatif .. Dan jangan sekali kali terpengaruh walaupun anda bersama dengan orang yang negatif , sebaiknya kita mempengaruhi mereka yang negatif dengan perkara yang positif ..

P/S : Sebab tu ada sesetengah orang akan mengasingkan diri daripada masyarakat , bukan sebab dia sombong tapi dia tak nak terpengaruh dengan perkara yang negatif yang semakin hari semakin banyak ..


Share on Tumblr

No comments:

Post a Comment

Assalammualaikum dan selamat sejahtera .. Nak komen , pasti kan tulis nama ye .. Kang aku tak kenal korang .. Kalau tau nama , senang aku nak reply komen korang .. Terima Kasih